My Heart, My Soul

 

Thursday, January 04, 2007

For You Bro...

Kawanku...
Ku hairan akan sikapmu...
Ku hairan akan perasaanmu...
Ku hairan mengapa engkau buat sebegitu

Kawanku...
Mengapakah harus kau menyimpan semua perasaanmu?
Mengapa harus kau menunggu hingga penuh?
Mengapa sampai Kau meletup baru mahu engkau melepaskan?

Ku hairan...
Akan sikapmu ya sebegitu
Yang mementingkan masalah orang lain sebelum dirimu sendiri
Yang sanggup membuat muka palsu di depan orang ramai
Hanya supaya dapat kau membantu mereka...

Mengapakah...
Mengapa harus engkau buat sebegitu?
Mengapa harus engkau menipu dirimu sendiri?
Mengapakah kau sanggup menunggu hingga kau meletup
Dan menyinggung hati kawan kawanmu yang mahu membantu?

Aku harap....
Kau berubah...
Kau luahkan perasaan tersembunyi mu itu...
Kau kisahkan dirimu dahulu sebelum yang lain...
Kau janganlah simpan hingga meletup...

Aku faham...
Bahawa kau sayangi kawan-kawanmu semua...
Kau kisah pasal kami semua...
Kau mahu kami gembira...
Tapi ini bukan caranya...

Luahkanlah...
Luahkanlah perasaanmu itu...
supaya dapat ku luahkan juga...
kerna aku tidak sanggup melebihkkan lagi bebanmu itu
Selagi kau tidak meringankan ia dahulu...

Bukan ku tak mahu...
Tetapi ku tak sanggup...
Akan keulangan hari itu...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home