My Heart, My Soul

 

Thursday, November 03, 2005

Selamat Tinggal Wahai Ramadhan.

Bergema kalima Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar
Laailahaillah Huallah huakhbar Allahuakbar wallilah Ilham,
Tandalah akhirnya Bulan ramadhan,bulan yang suci yang dimana
kita banyak melakukan amalan dan beribadah dan menjauhi perkara2 burukOleh itu Masuklah bulan Syawal dgn mulanya Hari Raye Aidulfitri bagi sume umat kaum Muslim dan muslimah.Dan juga seperti dikatakan oleh kwnku, satu tahun sudahpun berlalu bermaknalah setahun dosa telah kita lakukan. Oleh itu marilah kita bertaubat dan berminta maaf-maafan kepada org2 yg telah melakukan dosa dosa besar dan juga kepada kwn-kwn lain dimana kita mungkin tersinggung secara tidak sengaja.Ini juga menandakan hari kemenangan bagi kami
untuk bertahan puasa selama sebulan.Oleh itu insha'allah jika disetujui oleh Allah,
semoga kita sume dpt bertemu lagi pada ramadhan tahun depan.

Saya pun mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI dan ku susun sepuluh jari ku memohon maaf zahir dan batin. Harap jikalau ku tersilap kata, terkasar bahasa atau tersinggung perasaan kamu secara tidak sengaja harap kamu ampunilah ku dan juga kepada yang lain yang memang ku menyinggung pada masa dahulu datanglah berjumpa kepada ku dan akan ku meminta ampun sekali lagi.Dan Kepada yang pernah belanjaku, harap halalkanlah makan minumku. Amin ya Rabbi Alamin. Moga-moga kamu diberkati Allah.Insha 'Allah

Ps:Sesiapa yg boleh berpuasa-enam marilah kita melakukannya bersama-sama moga bolehlah kita dapat rahmat.
*Dan juga kepada analyst-analyst Man Utd, Memandangkan ini Aidulfitri, Maafkanlah dosa dosa mereka kerana mereka juga orang dan selalu membuat "mistake" heh.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home