My Heart, My Soul

 

Monday, January 25, 2010

Ke sejadah dahimu di cecahkan

Bersihkan lah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum
kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupi
Dengan kain kafan
yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih

Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan
diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan
empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan
doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi
apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan
solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan
sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru
kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar
solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing
dan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu
diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu setiap detik
Kerana
tangisan tidak berguna bila sudah parah

Sucikanlah dirimu
sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan

Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu
ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal

Bukan yang sudah meninggal
Beristighfarlah kamu sebelum kamu
diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi
Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru,
sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang
terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul
daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan
yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai
itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak ingin patok itik pun tak
sudi
Namun Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung
dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia semata
Tapi gunakanlah
ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas
Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya
'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia


Ingatlah yang kekal ialah amalan
Menjadi bekal sepanjang jalan

Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna :
tahta dan harta
isteri
dan putra
kad kredit dan kereta
kondominium dan niaga

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home